Ayub 4:1-4 (AVB) Maka Elifas, orang Teman, menjawab, “Jika orang cuba bercakap kepadamu, adakah engkau kesal? Tetapi siapakah yang dapat menahan diri daripada berkata-kata? Sesungguhnya, engkau telah mengajar ramai orang, dan engkau telah menguatkan tangan yang lemah. Kata-katamu telah menegakkan orang yang jatuh, dan engkau telah meneguhkan lutut yang longlai. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menguatkan tangan yang lemah" Sahabat Ayub mula bersuara selepas tujuh hari tujuh malam duduk diam bersama Ayub. Rupanya Ayub seorang yang menguatkan tangan yang lemah dan meneguhkan lutut yang longlai. Tetapi dalam kesusahannya dia perlu dikuatkan oleh para sahabatnya. Tuhan Yesus pernah mengalami tangan lemah dan lutut longlai ketika di taman Getsemani sebelum ditangkap, malaikat datang menguatkan-Nya (Lukas 22:43). Mari bertekad seperti Ayub menguatkan tangan yang lemah. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.4.2023.

Comments

Popular Posts