Nehemia 8:9-10 (AVB) Kemudian Nehemia, pembesar itu, dan Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, juga bani Lewi yang mengajar umat itu berkata kepada seluruh rakyat, “Hari ini suci bagi TUHAN, Allahmu. Jangan berdukacita atau menangis!” Seluruh rakyat memang menangis ketika mendengar perkataan hukum Taurat itu.
Kata Nehemia kepada mereka, “Pergilah, makanlah yang sedap-sedap, minumlah yang manis-manis, dan kirimlah makanan kepada orang yang tidak menyiapkan apa-apa, kerana hari ini suci bagi Tuhan kita. Janganlah kamu berduka, sebab sukacita daripada TUHAN ialah kekuatan kamu.”
Kopivosihan dan selamat memperingati minggu sengsara Tuhan Yesus, hari ini saya berkongsi tentang "Jangan kamu berduka" Pembesar Nehemia, imam Ezra dan para Lewi mengumpulkan rakyat di pintu gerbang Air tembok Yerusalem, kemudian mengajar kitab Taurat kepada rakyat yang dibaca oleh imam Ezra. Rakyat sangat terharu mereka menangis dan berduka. Para pemimpin memujuk rakyat supaya jangan kamu berduka malah menasihat mereka supaya memasak makanan sedap-sedap dan memberi kepada yang tiada makanan. Tuhan Yesus selalu mengajar serta memberi makan kepada rakyat, supaya rakyat tidak berduka dan lapar. Mari kita bertekad supaya seperti para pemimpin di Yerusalem memujuk rakyat supaya jangan kamu berduka masaklah makanan sedap-sedap dan bergembiralah ketika memperingati minggu sengsara Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 8.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment