Nehemia 6:1-2 (AVB) Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang – biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang, maka Sanbalat dan Gesyem mengutus orang kepadaku dengan pesan, “Mari kita mengadakan pertemuan di salah sebuah kampung di Lembah Ono.” Tetapi mereka berniat mencederakan aku. Kopivosihan dan selamat menyambut minggu sengsara Tuhan Yesus, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Surat ugutan" Nehemia terus menerus dikacau malah diugut oleh Sanbalat, Tobia dan Gesyem melalui surat kiriman mereka kepada Nehemia. Begitulah jahatnya mereka tetapi Nehemia tidak patah semangat dan akhirnya berjaya membina semula tembok Yerusalem selama lima puluh dua hari. Tuhan Yesus bersama kita tidak perlu takut dengan surat ugutan atau kata-kata sindiran dari orang yang berniat jahat kepada kita. Mari kita bertekad supaya seperti Nehemia tidak takut dengan surat ugutan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.4.2023.

Comments

Popular Posts