Nehemia 7:1-2 (AVB) Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.
Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.
Kopivosihan dan selamat memperingati Jumaat Agung, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Pintu gerbang siap" Akhirnya tembok Yerusalem sudah dipasang pintu gerbang boleh ditutup dan dibuka demi keselamatan penduduk kota. Nehemia menempatkan para penjaga dari suku Lewi. Seorang ketua mengawasi tugas tersebut ialah Hanani mungkin adik Nehemia, dia seorang yang takut kepada TUHAN dan boleh dipercayai. Tuhan Yesus mengajar kita supaya berjaga-jaga terhadap ajaran palsu dari para nabi palsu (Matius 7:15) berjaga-jaga ibarat pintu gerbang yang boleh ditutup dan dibuka supaya tidak masuk dalam fikiran kita. Mari kita bertekad supaya seperti Nehemia memasang pintu gerbang untuk menyekat musuh daripada memasuki kota Yerusalem. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 7.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment