Nehemia 4:1-2 (AVB) Begitu terganggu dan teramat marahlah Sanbalat apabila didengarnya bahawa kami sedang membina semula tembok itu lalu dia mengolok-olokkan orang Yahudi. Maka di hadapan saudara-saudaranya dan tentera Samaria dia berkata, “Apalah sangat yang terdaya dilakukan orang Yahudi yang lemah ini? Adakah mereka akan membina semula apa-apa sahaja yang dikehendaki mereka? Adakah mereka mahu mempersembahkan korban? Adakah mereka akan selesai pada hari ini? Adakah mereka akan menghidupkan kembali batu-batu daripada timbunan puing yang telah terbakar itu?” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Orang Samaria yang jahat" Dalam kitab Injil Tuhan Yesus mengajar tentang orang Samaria yang baik hati (Lukas 10:25-37) tetapi watak orang Samaria pada zaman Nehemia adalah jahat sekali. Menganggu pembinaan tembok Yerusalem malahan ketika membina Bait TUHAN pun mereka sudah menganggu. Kali ini lebih teruk sebab mengancam untuk menyerang dan membunuh rakyat di Yerusalem. Tuhan Yesus tidak pernah menganggu pembinaan ubah suai bait TUHAN di Yerusalem pada zaman-Nya. Mari kita bertekad supaya tidak seperti orang Samaria yang jahat itu. Damai sejahtera menaungi kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 4.4.2023.

Comments

Popular Posts