Nehemia 10:1-7 (AVB) Pada materai perjanjian itu terdapat nama-nama orang ini: Pembesar Nehemia anak Hakhalya dan Zedekia. Selanjutnya: Seraya, Azarya, Yeremia, Pasyhur, Amarya, Malkia, Hatus, Sebanya, Malukh, Harim, Meremot, Obaja, Daniel, Gineton, Barukh, Mesulam, Abia, Miyamin, Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Materai perjanjian" Dalam Alkitab ada saja perjanjian yang disebut kali ini ialah perjanjian rakyat, para pembesar dan para bangsawan dengan TUHAN bahawa mereka akan mentaati hukum Taurat. Nampaknya kepulangan Nehemia membawa kesan kepada rohani orang buangan yang pulang ke Yerusalem. Tuhan Yesus mematerai janji dengan darah dan tubuh-Nya kepada kita supaya bersatu dengan kematian dan kebangkitan-Nya. Mari kita bertekad supaya seperti rakyat, para pembesar dan para bangsawan yang pulang dari pembuangan ada materai janji mentaati hukum Taurat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.3.2023.

Comments

Popular Posts