Ester 2:16-17 (AVB) Kemudian Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana kerajaannya pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, pada tahun ketujuh pemerintahan baginda.
Raja mencintai Ester melebihi semua perempuan yang lain dan baginda raja berkenan serta menyayanginya melebihi semua anak dara yang lain, lantas baginda mengenakan mahkota diraja di atas kepalanya dan melantik dia sebagai ratu untuk menggantikan Wasti.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ester menjadi ratu" Selepas dua belas bulan para calon ratu dirawat tiba masa mereka bertemu raja. Ester menambat hati raja Ahasyweros kemudian melantiknya menjadi ratu menggantikan ratu Wasti yang engkar perintah raja. Tuhan Yesus menghargai para pengikut perempuan dan memberi peranan besar dalam pemberitaan Injil. Mari kita bertekad supaya seperti Ester menjadi ratu iaitu ratu di hati Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 15.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment