Ayub 2:7, 10 (AVB) Kemudian Iblis pergi dari hadirat TUHAN. Dia menimpakan Ayub dengan barah bisul yang parah dari telapak kaki sampai ke ubun-ubunnya. Tetapi jawab Ayub kepadanya, “Engkau bercakap seperti seorang perempuan jahil lagi bodoh. Takkan kita hanya mahu menerima yang baik daripada Allah, dan tidak mahu menerima yang buruk?” Dalam semua hal itu, Ayub tidak berdosa dengan bibirnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menerima yang baik dan buruk" Sekali lagi iblis menyerang Ayub supaya dia mengutuk TUHAN, kali ini penyakit kulit di seluruh badan. Ayub sangat tersiksa, isterinya pula menyuruh dia mengutuk TUHAN kemudian mati saja. Tetapi Ayub berkata patut menerima baik dan buruk daripada TUHAN. Tuhan Yesus bertahan dalam penderitaan sehingga sanggup mati di kayu salip baik dan buruk diterima-Nya. Mari kita bertekad supaya seperti Ayub mahu menerima baik dan buruk daripada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.4.2023.

Comments

Popular Posts