Ester 8:10-11 (AVB) Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimaterai dengan cincin materai raja, lalu dikirimkan dengan perantaraan para utusan pantas yang berkuda. Kuda-kuda yang ditunggangi mereka ialah kuda-kuda teji yang diternakkan di ladang kuda diraja. Di dalam surat itu raja mengizinkan orang Yahudi yang ada di setiap kota untuk berkumpul dan mempertahankan diri masing-masing. Mereka boleh memusnahkan, membunuh, dan membinasakan mana-mana pasukan bangsa dan wilayah yang hendak menyerang mereka berserta kanak-kanak dan kaum perempuan mereka, dan boleh merampas harta milik kumpulan orang itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mempertahankan diri" Raja Ahasyweros mengeluarkan surat pekeliling ke seluruh empayar Parsi dan Media supaya orang Yahudi boleh mempertahankan diri ketika hari pemunahan itu tiba. Bergembiralah seluruh bangsa Yahudi kerana surat pekeliling itu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya mempertahankan iman ketika dalam penderitaan (Matius 24:4-14). Mari kita bertekad seperti orang Yahudi mempertahankan diri iaitu iman kita kepada Tuhan Yesus. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 21.4.2023.

Comments

Popular Posts