Ester 7:9-10 (AVB) Harbona, salah seorang sida yang melayani raja, berkata, “Di rumah Haman sudah ada tempat penggantungan daripada kayu setinggi lima puluh hasta. Haman membuatnya untuk Mordekhai, orang yang menyelamatkan raja dengan pelaporannya itu.” Kata raja, “Gantung dia pada tempat penggantungan itu.”
Lalu Haman digantung pada tempat penggantungan daripada kayu yang disiapkannya untuk Mordekhai. Maka surutlah kemurkaan raja.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Haman digantung mati" Ratu Ester akhirnya memberitahu permintaannya kepada raja Ahasyweros ketika jamuan makan kedua. Haman yang merancang pemunahan orang Yahudi dia pula yang dihukum mati, tempat pengantungan untuk Mordekhai yang telah dia sediakan dia sendiri yang digantung mati. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa memarahi saudara pun dikira sudah membunuh (Matius 5:22), apa lagi kalau sudah merancang untuk membunuh. Mari kita bertekad supaya tidak seperti Haman digantung mati oleh raja kerana rancangan jahatnya. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment