Nehemia 5:14-15 (AVB) Sejak aku ditetapkan menjadi pembesar di Tanah Yehuda, iaitu selama dua belas tahun sejak tahun kedua puluh sampai tahun ketiga puluh dua pemerintahan Raja Artahsasta, aku dan para saudaraku tidak pernah makan peruntukan makanan pembesar. Tetapi dahulunya, para pembesar sebelum aku memang memberatkan beban rakyat. Mereka memungut makanan dan anggur daripada rakyat, selain perak senilai empat puluh syikal. Bahkan anak buah mereka bermaharajalela atas rakyat. Tetapi aku tidak mahu berbuat demikian kerana aku takut kepada Allah. Kopivosihan dan selamat menyambut minggu sengsara Tuhan Yesus, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Takut kepada TUHAN" Nehemia menjadi pemerintahan di Yerusalem selama dua belas tahun pada zaman Artahsasta raja Parsi. Nehemia mendedikasikan diri untuk membina tembok Yerusalem dia tidak bersenang-senang dengan dana peruntukan pembesar atau mengenakan cukai yang baharu kepada rakyat sebab dia takut kepada TUHAN. Tuhan Yesus juga jujur dalam pelayanan tidak memandang kedudukan (Markus 12:14). Mari kita bertekad supaya seperti Nehemia takut kepada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 5.4.2023.

Comments

Popular Posts