Ester 9:28-30 (AVB) Hari-hari itu akan diperingati dan dirayakan oleh setiap keturunan, setiap kaum, setiap wilayah, juga setiap kota. Hari-hari Purim itu tidak akan lenyap daripada kehidupan orang Yahudi dan peringatannya tidak akan luput daripada seluruh keturunan mereka. Kemudian, dengan segala kekuasaannya, Ratu Ester anak Abihail menulis surat bersama-sama Mordekhai, orang Yahudi itu, untuk mengesahkan surat kedua mengenai Purim. Mordekhai mengirimkan surat-surat kepada semua orang Yahudi di seratus dua puluh tujuh buah wilayah Raja Ahasyweros, dengan ucapan salam dan ketulusan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perayaan Purim" Kitab Ester menceritakan latar belakang wujud Perayaan Purim bagi bangsa Yahudi, memperingati hari pemunahan menjadi hari gembira bagi mereka sebab terlepas daripada musibah pemunahan oleh kebijaksanaan ratu Ester atas nasihat Mordekhai sepupuhnya. Mungkin juga cerita kitab Ester mengangkat semula keluarga raja Saul sebab ratu Ester dan Mordekhai keturunan dari keluarga raja Saul. Gereja mengingati hari pembebasan kita daripada hukum mati kekal melalui Tuhan Yesus pada hari Jumaat Agung. Ibarat hari Purim bagi kita bagi orang Kristian. Mari kita bertekad merayakan Perayaan Purim iaitu Jumaat Agung bagi memperingati pembebasan kita daripada hukum mati kekal. Damai sejahtera menaungi kita. Tidak lupa saya ucapankan selamat menyambut Hari Raya bagi saudara Muslim seluruh dunia ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.4.2023.

Comments

Popular Posts