Ester 3:10, 13 (AVB) Maka raja mencabut cincin materai daripada tangannya lalu dikurniakannya kepada Haman anak Hamedata, bani Agag, yang bermusuhan dengan orang Yahudi itu.
Surat-surat itu dikirimkan ke seluruh wilayah kerajaan melalui para utusan pantas. Isinya ialah perintah untuk memusnahkan, membunuh, dan menghapuskan semua orang Yahudi sama sekali, daripada yang muda sampai yang tua, termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, dalam satu hari, iaitu pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, bulan Adar, dan untuk merampas harta benda mereka.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Mahu memunahkan bangsa Yahudi" Haman rupanya dari keturunan bangsa Agag, raja yang di bunuh oleh Samuel (1 Samuel 15:32-33). Dendam kesumat berterusan walaupun sudah berlaku ratusan tahun. Tuhan Yesus mengajar kita supaya saling mengampuni (Matius 6:12) jauh sekali ada dendam kesumat. Mari kita bertekad supaya tidak seperti Haman mahu memunahkan bangsa Yahudi. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 16.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment