Ester 4:15-17 (AVB) Lalu Ester menyuruh agar jawapan ini disampaikan kepada Mordekhai,
“Pergilah, kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di Susan dan berpuasalah untuk aku. Jangan makan dan jangan minum selama tiga hari, baik malam mahupun siang. Aku dan para dayangku pun akan berpuasa secara demikian, kemudian aku akan masuk menghadap raja, sekalipun bertentangan dengan undang-undang. Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa.”
Maka pergilah Mordekhai lalu dilakukannya sebagaimana yang diarahkan oleh Ester kepadanya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Biarlah aku binasa" Ketika surat pekeliling pemunahan bangsa Yahudi diedarkan atas tipu muslihat Haman, terjadilah perkabungan bangsa Yahudi di seluruh empayar Parsi dan Media, termasuk Mordekhai sepupuh yang membesarkan ratu Ester. Kemudian Ester diberi tahu tentang surat pekeliling itu. Ester kemudian bertekad mahu menghadap raja, berpuasa tiga hari tiga malam tanpa makan dan minum sebelum menghadap raja, walaupun padah dibinasakan kalau tanpa diundang berbuat demikian. Tetapi ratu Ester sanggup binasa demi bangsanya. Tuhan Yesus juga sanggup binasa demi manusia sejagat. Mari kita bertekad supaya seperti ratu Ester "biarlah aku binasa demi imanku kepada Tuhan Yesus". Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment