Ester 10:2-3 (AVB) Segala tindakan yang dijalankan di bawah kuasanya serta kesemua pencapaian baginda serta paparan tentang kebesaran yang dikurniakan raja kepada Mordekhai, bukankah semuanya tertulis dalam Kitab Raja-Raja Media dan Parsi? Mordekhai, orang Yahudi itu, menjadi orang kedua di bawah Raja Ahasyweros. Dialah yang berpangkat tertinggi antara orang Yahudi dan dipandang tinggi serta dikagumi oleh ramai sekali warga sebangsa dengannya atas ikhtiarnya membawa kebaikan kepada bangsanya dan mengetengahkan fasal peri pentingnya kesejahteraan kesemua anak cucu keturunannya. Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Orang kedua selepas raja" Demikian masyhur nama Mordekhai di empayar Media dan Parsi, menjadi orang kedua selepas raja Ahasyweros. Teringat kita kisah Yusuf di Mesir, begitulah unggulnya mereka di negara orang. Tuhan Yesus menyebarkan kita ke serata dunia supaya kita pun unggul di mana pun kita berada. Mari kita bertekad supaya seperti Mordekhai unggul di negara orang. Damai sejahtera menaungi kita. Selamat datang para pelawat dari jemaat Tangkarason ke jemaat Tinangol semalam dan hari ini. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 23.4.2023.

Comments

Popular Posts