2 Samuel 8:15-17 (AVB) Demikianlah Daud bertakhta atas seluruh Israel dan menegakkan keadilan dan kesaksamaan bagi seluruh rakyatnya. Yoab anak Zeruya mengepalai tentera. Yosafat anak Ahilud menjadi pencatat sejarah. Zadok anak Ahitub dan Ahimelekh anak Abyatar menjadi imam. Seraya menjadi jurutulis. https://alkitab.app/v/272bcf6f8f4a Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Menegakkan keadilan" Daud menjadi raja ke atas seluruh Israel, selepas siri peperangan dengan kerajaan sekeliling. Daud berjaya menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada seluruh rakyat. Tuhan Yesus juga menegakkan keadilan kepada semua lapisan masyarakat, dengan memberitakan kerajaan TUHAN kepada mereka. Mari kita berubah supaya belajar menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada orang lain. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 13.11.2022.

Comments

Popular Posts