2 Samuel 24:16 (AVB) Tetapi ketika malaikat menghulurkan tangannya atas Yerusalem untuk memusnahkannya, TUHAN berbelas kasihan atas sebab malapetaka itu. Firman-Nya kepada malaikat yang memusnahkan umat, “Cukup! Sekarang turunkanlah tanganmu!” Pada waktu itu malaikat TUHAN berada berdekatan dengan tempat pembantingan bijirin Arauna, orang Yebus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yerusalem tidak dimusnahkan" Sekali lagi raja Daud berdosa kepada TUHAN, kali ini sebab membanci rakyat dengan niat mahu mengninjau kekuatan perangnya. TUHAN menimpakan penyakit sampar seluruh tempat, tetapi Yerusalem tidak dimusnahkan kerana belas kasihan kepada raja Daud. Tuhan Yesus berbelas kasihan kepada semua manusia, menyelamatkan mereka yang percaya kepada-Nya (Yohanes 3:16), mari kita berubah sebab kita seperti Yerusalem tidak dimusnahkan oleh TUHAN kerana belas kasihan-Nya. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Airport Kuching Sarawak Malaysia 29.11.2022.

Comments

Popular Posts