1 Samuel 29:9-11 (AVB) Jawab Akhis kepada Daud, “Aku tahu, di mataku engkau ini baik seperti malaikat Allah. Tetapi para panglima orang Filistin berkata, ‘Dia tidak boleh pergi berperang bersama-sama kita.’ Jadi, bangunlah pagi-pagi bersama dengan hamba-hamba tuanmu yang datang bersamamu itu, lalu berangkatlah sewaktu hari mulai terang.” Maka Daud berserta pasukannya bangun pagi-pagi untuk berjalan pulang ke negeri orang Filistin, manakala orang Filistin maju ke Yizreel. https://alkitab.app/v/6386d4d54fc9 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Daud ditolak" Raja Filistin yang lain curiga dengan kehadiran Daud dan para pengikutnya. Mereka mahu Daud meninggalkan orang Filistin. Daud pun akur kemudian pergi meninggalkan orang Filistin. Tuhan Yesus juga ditolak oleh pemimpin agama pada zaman itu (Markus 8:31). Mari kita berubah supaya jangan Daud ditolak lagi. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 3.11.2022.

Comments

Popular Posts