1 Samuel 28:23-24 (AVB) Saul menolak dan berkata, “Aku tidak mahu makan.” Tetapi para pegawainya dan juga perempuan itu mendesaknya sehingga akhirnya didengarnya kata-kata mereka. Dia bangun dari tanah lalu duduk di tempat tidur.
Perempuan itu memiliki seekor anak lembu tambun di rumahnya. Disembelihnya segera lembu itu, diambilnya tepung, diramasnya, lalu dibakarnya menjadi roti tidak beragi.
https://alkitab.app/v/399373acaf5c
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hidangan terakhir untuk raja Saul" Raja Saul memanggil roh Samuel untuk minta petunjuk melalui seorang perempuan pemanggil roh. Roh Samuel mengatakan raja Saul dan anak-anaknya akan mati dalam pertempuran. Raja Saul sangat takut sehingga tidak mahu makan. Tetapi selepas dipujuk akhirnya dia makan. Perempuan pemanggil roh menyembileh seekor anak lembuh gemuk sebagai hidangan raja dan para pegawainya. Boleh dikatakan hidang terakhir untuk raja. Tuhan Yesus juga mengakhiri hidup-Nya dengan hidang terakhir. Mari kita berubah supaya bertaubat daripada kejahatan, siapa tahu inilah hidangan terakhir raja Saul. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 2.11.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment