1 Raja-Raja 1:38-39 (AVB) Maka pergilah imam Zadok, nabi Natan, dan Benaya anak Yoyada, dengan orang Kreti serta orang Pleti. Mereka menaikkan Salomo ke atas baghal Raja Daud dan menghantar dia ke Gihon. Imam Zadok mengambil tabung tanduk berisi minyak dari dalam Khemah Suci, lalu melantik Salomo. Kemudian sangkakala ditiup dan seluruh rakyat berseru, “Hidup Raja Salomo!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Salomo dilantik menjadi raja" Raja Daud melantik anaknya Salomo menjadi raja, tidak pasti kenapa dia yang dilantik. Sebab Salomo bukanlah anak lelaki paling tua selepas Absalom tetapi Adonia. Melalui Tuhan Yesus kita pun menjadi raja dan imam (1Petrus 2:9). Mari kita berubah supaya seperti Salomo dilantik menjadi raja iaitu untuk mengisytiharkan Injil . Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 30.11.2022.

Comments

Popular Posts