2 Samuel 10:1-2 (AVB) Sesudah itu raja bani Amon meninggal lalu anaknya, Hanun, menaiki takhta untuk menggantikannya. Daud berkata, “Aku hendak menjalin persahabatan dengan Hanun anak Nahas, sebagaimana ayahnya menjalin persahabatan denganku.” Maka Daud mengirimkan beberapa orang utusannya untuk menyampaikan takziah kepada Hanun kerana perihal ayahnya itu. Para utusan Daud pun sampai di negeri bani Amon. https://alkitab.app/v/6a6bd9348015 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menjalin hubungan persahabatan" Raja Daud mahu menjalin hubungan persahabatan dengan raja Amon, tetapi disambut dingin malahan mahu berperang pula raja itu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya mengusahakan perdamaian dengan orang lain sebelum mempersembahkan sesuatu kepada TUHAN (Matius 5:24). Mari kita berubah supaya tidak menolak menjalin hubungan persahabatan dengan orang lain. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.11.2022.

Comments

Popular Posts