2 Samuel 13:32-33 (AVB) Tetapi Yonadab, anak Simea, abang Daud, angkat bicara. Katanya, “Jangan tuanku sangka bahawa semua anak raja yang muda itu tewas dibunuh. Hanya Amnon yang mati, kerana Absalom memang sudah berniat demikian sejak hari Amnon memperkosa Tamar, adiknya. Sekarang, janganlah Tuanku Raja menyimpan berita itu dalam hati dan berfikir bahawa semua anak raja sudah mati, kerana hanya Amnon yang mati.” https://alkitab.app/v/27f40356254c Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Amnon memperkosa Tamar" Kisah berdarah dalam keluarga raja Daud sudah bermula seperti yang dinubuatkan oleh nabi Natan, apabila anaknya Amnon memperkosa Tamar adik tidak siibunya. Kemudian Absalom abang Tamar membunuh Amnon sebab membalas perbuatan Amnon itu. Absalom pula melarikan diri kepada raja Gesur selama tiga tahun. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menjauhkan diri daripada perzinaan walaupun melalui pandangan mata (Matius 5:27-28). Mari kita berubah supaya tidak seperti Amnon memperkosa Tamar. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.11.2022.

Comments

Popular Posts