2 Samuel 20:1-2 (AVB) Kebetulan di sana ada seorang yang rendah akhlak bernama Seba anak Bikri, seorang Benyamin. Dia meniup sangkakala dan berkata, “Kita tidak mendapat bahagian daripada Daud, kita tidak mendapat harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai orang Israel!” Maka semua orang Israel berhenti mengikuti Daud, lalu mereka mengikuti Seba anak Bikri. Akan tetapi, orang Yehuda tetap setia mengikuti raja mereka, dari Sungai Yordan ke Yerusalem. https://alkitab.app/v/9539c5528ea6 Kopivosihan tahniah ahli parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Malaysia Ke-10, jam 5.00pm kelmarin mengangkat sumpah. Bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perempuan yang bijak" Muncul lagi seorang pemberontak dari keturunan Benyamin iaitu Seba anak Bikri. Mudah ditumpaskan dan tidak berlaku perang saudara yang mengakibatkan korban jiwa. Seba seorang saja yang dibunuh pengikutnya tidak, sebab kebijaksanaan seorang perempuan (ayat 22). Tuhan Yesus memberi kita kebijaksanaan supaya tidak menggunakan kekerasaan ketika menyelsaikan konfilik (Matius 26:52). Mari kita berubah supaya seperti perempuan yang bijak itu. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.11.2022.

Comments

Popular Posts