2 Samuel 18:16-17 (AVB) Setelah itu, Yoab meniup sangkakala. Seluruh pasukan pun berhenti mengejar orang Israel, kerana Yoab menahan mereka.
Kemudian mereka mengangkut jenazah Absalom dan mencampakkannya ke dalam sebuah lubang besar di hutan itu. Lalu di atasnya didirikan mereka suatu timbunan batu yang amat besar. Sementara itu semua orang Israel melarikan diri, masing-masing ke khemahnya.
https://alkitab.app/v/f9899df13d46
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Absalom terbunuh" Akhirnya perang saudara tidak dapat dielakkan, antara penyokong raja Daud dengan penyokong Absalom terjadi di hutan Efraim. Absalom terbunuh, raja sangat sedih mendengar berita kematian itu. Tuhan Yesus pernah mengetuai perang di surga melawan iblis akhirnya iblis kalah (Wahyu 12:7-9). Mari kita berubah supaya tidak memberontak seperti Absalom terbunuh kelak. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.11.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment