2 Samuel 19:41-42 (AVB) Tidak lama kemudian tampaklah seluruh orang Israel datang kepada raja dan berkata kepadanya, “Mengapakah para saudara kami, orang Yehuda, mengiringi tuanku dengan diam-diam lalu menghantar Raja berserta keluarga dan semua orang yang menyertainya ke seberang Sungai Yordan?” Jawab kesemua orang Yehuda kepada orang Israel, “Kerana raja sememangnya kerabat dekat kami. Mengapakah kamu marah hanya kerana perkara ini? Adakah kami makan sesuatu atas pembayaran raja? Apakah baginda menganugerahkan sesuatu kepada kami?” https://alkitab.app/v/621de2e766c9 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Raja Daud kembali ke Yerusalem" Setelah perang saudara dan masa berkabung raja atas Absalom berakhir, raja kembali ke Yerusalem. Dia disambut orang rakyat malahan rakyat yang berpihak Absalom pun ikut menyambut. Tuhan Yesus akan kembali ke dunia, semua manusia baik yang hidup dan mati menyambut kedatangan-Nya (1 Tesalonika 4:15-17). Mari kita berubah supaya dapat menyambut raja Daud kembali ke Yerusalem. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.11.2022.

Comments

Popular Posts