2 Samuel 11:26-27 (AVB) Ketika isteri Uria mendengar bahawa Uria, suaminya, telah gugur, dia pun meratapi suaminya itu.
Setelah masa berkabung selesai, Daud mengutus orang untuk menjemput dia ke istananya. Lalu perempuan itu menjadi isterinya dan melahirkan seorang anak lelaki baginya. Akan tetapi, di mata TUHAN, sangat keji hal yang dilakukan Daud itu.
https://alkitab.app/v/db504785a77c
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Keji di mata TUHAN " Raja Daud seorang yang beriman kepada TUHAN, tetapi kelemahannya wanita cantik, dia berbuat apa saja demi memiliki perempuan itu, walaupun pun sudah bersuami. Kisah isteri Uria dirampas dengan licik sangat keji di mata TUHAN. Tuhan Yesus berkata memandang saja kepada perempuan dengan berahi sudah dianggap berzina (Matius 5:28). Mari kita berubah supaya menjaga hati dan perbuatan terhadap wanita, demi mengelakkan perbuatan keji di mata TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.11.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment