2 Samuel 14:32-33 (AVB) Jawab Absalom kepada Yoab, “Sesungguhnya, aku telah menyuruh orang untuk menemuimu dengan pesan, ‘Datanglah ke mari, supaya aku dapat mengutus engkau kepada raja untuk bertanya, “Apakah gunanya hamba datang dari Gesur? Lebih baik hamba tetap tinggal di sana.”’ Jadi sekarang, biarlah aku datang menghadap raja. Jika aku bersalah, aku rela dihukum mati.”
Maka pergilah Yoab menghadap raja dan memberitahukan hal itu kepadanya. Raja memanggil Absalom, lalu masuklah dia menghadap raja. Dia pun sujud dan memberi hormat di hadapan raja, kemudian raja mencium Absalom.
https://alkitab.app/v/1ffe44713087
Kopivosihan dan selamat mengundi PRU 15 kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Hari ini saya berkongsi tentang "Absalom bertemu dengan raja Daud" Selepas Yoab berjaya memujuk raja untuk menjemput pulang Absalom di Gesur ke Yerusalem, raja tidak berkenan bertemu Absalom selama dua tahun. Atas kebijaksanaan Absalom melalui Yoab akhirnya dia bertemu / berbaik dengan raja. Tuhan Yesus selalu berusaha supaya kita bertemu / berbaik dengan TUHAN umpama orang sakit yang memerlukan tabib (Markus 2:17). Mari kita berubah supaya seperti Absalom bertemu dengan raja Daud. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 19.3.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment