2 Samuel 4:11-12 (AVB) Lebih-lebih beratnya lagi hukuman itu apabila orang fasiq membunuh seorang yang tidak bersalah di rumahnya sendiri, di tempat tidurnya. Sekarang tidak mungkin aku tidak menuntut darahnya daripada tanganmu dan melenyapkan kamu daripada muka bumi!” Kemudian Daud memberikan perintah kepada orang mudanya, dan mereka pun membunuh kedua-duanya. Mereka memotong tangan dan kaki kedua-duanya serta menggantung mereka berdekatan dengan kolam di Hebron. Lalu kepala Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam makam Abner di Hebron. https://alkitab.app/v/2a67d66dfeb5 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pengkhianat menerima balasan" Anak raja Saul yang bernama Isyboset telah dibunuh oleh ketua pasukannya sendiri iaitu Baana dan Rekhab. Kemudian membawa kepala Isyboset kepada Daud. Daud tidak gembira dengan pembunuhan itu, malah membunuh pula kedua pengkhianat itu. Tuhan Yesus mengatakan semua yang menggunakan pedang akan musnah dimakan pedang (Matius 26:52). Mari kita berubah sebab pengkhianat menerima balasan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.11.2022.

Comments

Popular Posts