2 Samuel 2:26-28 (AVB) Abner berseru kepada Yoab, katanya, “Haruskah pedang tidak henti-henti makan? Tidakkah engkau tahu bahawa hal itu akan berakhir dengan kepahitan? Berapa lama lagi engkau enggan menyuruh pasukan itu berhenti mengejar saudara-saudara mereka?”
Jawab Yoab, “Demi Allah yang hidup, jika engkau tidak angkat bicara, tentu pasukan itu akan terus mengejar saudara-saudaranya hingga pagi.”
Maka Yoab meniup sangkakala dan seluruh pasukan pun berhenti. Mereka tidak lagi mengejar orang Israel dan tidak lagi berperang.
https://alkitab.app/v/e9c41d5ba45d
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perang saudara merugikan" Selepas raja Saul meninggal, Abner panglima perang raja Saul melantik salah satu anak raja Saul menjadi raja. Daud pula diangkat oleh suku Yehuda menjadi raja mereka. Sehingga berlaku perang saudara. Pengikut Abner kalah dalam pertempuran itu. Tuhan Yesus sama sekali tidak pernah melaungkan perang, malahan memperjuangkan kasih antara manusia. Mari kita berubah supaya tidak mencetuskan perang saudara sebab perang saudara merugikan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.11.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment