2 Samuel 5:3-5 (AVB) Demikianlah semua tua-tua Israel datang menghadap raja di Hebron. Lalu Raja Daud mengikat perjanjian dengan mereka di Hebron, di hadapan TUHAN, dan mereka melantik Daud menjadi raja atas Israel.
Daud berumur tiga puluh tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta selama empat puluh tahun.
Selama tujuh tahun enam bulan dia bertakhta atas Yehuda di Hebron, dan di Yerusalem dia bertakhta selama tiga puluh tiga tahun atas seluruh Israel dan Yehuda.
https://alkitab.app/v/092d2b99c63d
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Daud menjadi raja" Setelah beberapa waktu para pemimpin orang Israel datang mengangkat Daud menjadi raja mereka. Begitulah Daud menjadi raja untuk seluruh orang Israel. Akan tiba waktunya Tuhan Yesus menjadi raja seluruh bumi, semua lutut menyembah dan lidah mengaku Dia raja (Roma 14:11). Mari kita berubah supaya mengaku keturunan Daud menjadi raja seluruh dunia iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.11.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment