2 Samuel 15:5-6 (AVB) Apabila ada orang yang mendekat untuk memberi hormat kepadanya, maka dia akan menghulurkan tangannya, merangkul orang itu, dan menciumnya.
Itulah yang dilakukan Absalom terhadap semua orang Israel yang datang menghadap raja untuk diadili perkaranya. Demikianlah Absalom mengambil hati para warga Israel.
https://alkitab.app/v/59312e7db560
Kopivosihan dan selamat beribadah, PRU 15 telah berlangsung kelmarin dengan aman, tidak ada gabungan parti yang menang mudah daripada 222 kerusi parlimen Malaysia. Hari ini saya berkongsi tentang "Absalom berkempen" Absalom bijak mengatur kempen untuk menjadi raja, tanpa disedari oleh raja Daud dan rakyat. Dia berlaku ramah kepada semua orang yang mahu berjumpa raja, selama empat tahun dia berbuat demikian. Sebagai orang percaya berlaku ramah kepada semua orang itu wajip, supaya semua orang boleh mendengar Injil Yesus Kristus. Bukan untuk kepentingan peribadi. Mari kita berubah supaya bukan seperti Absalom berkempen untuk kepentingan diri sendiri. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 20.11.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment