2 Samuel 8:12-14 (TB)  yakni perak dan emas dari orang Aram, dari orang Moab, dari bani Amon, dari orang Filistin, dari orang Amalek, dan dari jarahan yang dirampas dari Hadadezer bin Rehob, raja Zoba.
Demikianlah Daud mendapat nama, dan ketika ia pulang, ia menewaskan delapan belas ribu orang Edom di Lembah Asin.
Lalu ia menempatkan pasukan-pasukan pendudukan di Edom; di seluruh Edom ditempatkannya pasukan-pasukan pendudukan, sehingga seluruh Edom diperbudak oleh Daud. TUHAN memberi kemenangan kepada Daud ke mana pun ia pergi berperang.

https://alkitab.app/v/9588d3d8aecc

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang kisah kejayaan peperang raja Daud, wow!.. Memang hebat, setiap kali raja Daud berperang dia mendapat kemenangan sebab Tuhan Bapa kita di Surga yg memberi kemenangan. Puji Tuhan. Hari ini pun Tuhan Bapa kita di Surga memberi kita kejayaan asal saja kita mengikut kehendakNya iaitu pergi memberitakan Injil, dimana pun kita berada kalau Injil diberitakan disitu kekuatan Tuhan Bapa kita di Surga dinyatakan. Dalam kita Roma dikatakan Injil adalah kekuatan Tuhan Bapa kita di Surga. Pelayanan Tuhan Yesus berjaya dan disertai dengan kuasa sebab Dia memberitakan Injil. Hari ini anda mahu berjaya seperti raja Daud? Mari kita lakukan kehendak Tuhan Bapa kita di Surga iaitu memberitakan Injil. Apa itu Injil? Injil adalah khabar baik, iaitu Tuhan Bapa kita di Surga mengasihi dan mengampuni semua manusia melalui Tuhan Yesus. Itulah Injil khabar baik.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 17.8.19 Kudat.

Comments

Popular Posts