2 Samuel 20:23-26 (TB)  Yoab menjadi kepala atas segenap tentara Israel, dan Benaya bin Yoyada menjadi kepala atas orang Kreti dan orang Pleti.
Adoram menjadi kepala orang rodi dan Yosafat bin Ahilud menjadi bendahara negara.
Seya menjadi panitera negara; Zadok dan Abyatar menjadi imam.
Juga Ira, orang Yair itu menjadi imam pada Daud.

https://alkitab.app/v/5473155931a2

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah Yoab akhirnya menjadi ketua tentera dalam kerajaan raja Daud. Kalau kita teliti kisah Yoab dia memang seorang yg gagah perkasa dan melakukan apa saja untuk mempertahankan kedudukanya dalam kerajaan raja Daud. Dia sanggup membunuh siapa saja pesaingnya secara licik, dia  mengingkari titah raja dan pernah mengugut raja kalau permintaanya tidak ditunaikan. Itulah Yoab. Pernah anda melihat seseorang berjiwa seperti Yoab Pada zaman ini?.Atau anda seperti Yoab. Murid murid Tuhan Yesus ada satu orang sangat menonjol iaitu Petrus. Ingat lagi, Petrus pernah memarahi Tuhan Yesus, sebab menafikan penderitaan terjadi kepadaNya ketika memasuki kota Yerusalem semasa perayaan paskah. Anda pernah marah Tuhan Yesus takkalah doa anda tidak ditunaikan?. Sebenarnya sikap negetif Petrus dan sikap mementingkan diri Yoab adalah sikap kita juga. Malahan lebih teruk lagi daripada mereka. Jadi mari kita bertaubat, kurangkan sikap mementingkan diri sendiri. Kita adalah terang dan garam dunia. Memberi kebaikan dan manafaat dalam persekitaran kita. Memang susah tetapi kita tiada pilihan, sebab itu kita memerlukan kekuatan daripada Roh Kudus, Itulah pentingnya berdoa dan merenungkan firman Tuhan. Supaya kita diberi kekuatan menjadi berkat kepada orang lain. Puji Tuhan.
Dalam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 29.8.19 KK.

Comments

Popular Posts