2 Samuel 14:32-33 (TB)  Jawab Absalom kepada Yoab: "Ya, aku telah menyuruh orang kepadamu mengatakan: datanglah ke mari, supaya aku mengutus engkau kepada raja untuk mengatakan: apa gunanya aku datang dari Gesur? Lebih baik aku masih tinggal di sana. Maka sekarang, aku mau datang ke hadapan raja. Jika aku bersalah, biarlah ia menghukum aku mati."
Kemudian masuklah Yoab menghadap raja dan memberitahukan hal itu kepadanya. Raja memanggil Absalom, dan ia masuk menghadap raja, lalu sujud ke hadapan raja dengan mukanya ke tanah; lalu raja mencium Absalom.

https://alkitab.app/v/bc3xxxbdbb465dd

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi cerita tentang Absalom anak raja Daud, akhirnya dia kembali dipangkuan raja Daud, dikatakan selepas Absalom membunuh Amnon adik berlainan ibu, dia tidak pulang lagi ke rumahnya di Yerusalem, selama tiga tahun. Lamakan, lepas itu atas kebijaksanaan Yoab pegawai tertinggi raja Daud, Absalom dpt pulang di Yerusalem, tetapi raja tidak mahu bertemua dengan dia. Selama 2 tahun. Lama juga. Maksudnya selama 5 tahun Absalom tidak pernah bertemua dengan bapanya. Cukup lama. Akibat dosa yg telah dilakukan Absalom, dia terpisah dengan keluarganya. Siapa yg sudah bertahun tahun tidak pernah bersama keluarga?. Berhati hati mungkin tanpa sedar anda sedang dipisahkan oleh dosa. Saya cakap mungkin saja. Keterpisahan akibat dosa paling dahsyat ialah kematian kekal. Itu sebab Tuhan Yesus bangkit dari kematian, untuk membawa kita kembali bersama dengan Bapa kita di Surga. Puji Tuhan, sekarang kita tidak lagi terpisah dengan Tuhan Bapa kita di Surga, sebab tiada lagi yg dapat memisahkan kita dari kasih Kristus termasuk kematian. Haleluya. Atas usaha Yoab, Absalom telah berdamai dengan raja Daud bapanya. Melalui Tuhan Yesus kita berdamai semula dengan Tuhan pencipta langit dan bumi, sehingga kita telah menjadi anak anakNya, anda percaya anda adalah anak anak Tuhan? Haleluya,
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 23.8.19 Kudat.

Comments

Popular Posts