2 Samuel 23:8-9 (TB) Inilah nama para pahlawan yang mengiringi Daud: Isybaal, orang Hakhmoni, kepala triwira; ia mengayunkan tombaknya melawan delapan ratus orang yang tertikam mati dalam satu pertempuran.
Dan sesudah dia, Eleazar anak Dodo, anak seorang Ahohi; ia termasuk ketiga pahlawan itu. Ia ada bersama-sama Daud, ketika mereka mengolok-olok orang Filistin, yang telah berkumpul di sana untuk berperang, padahal orang-orang Israel telah mengundurkan diri.
https://alkitab.app/v/c52a3da76c74
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua. Hari ini saya mahu berkongsi tentang cerita para pahlawan raja Daud. Ingatkan Yoab adalah orang pertama yg tersenarai, sampai habis senarai pun saya tidak menjumpai nama Yoab anak Zeruya tetapi Uria tersenarai, hebat pula Uria suami Betsyeba yang kemudian dirampas oleh raja Daud itu. Memang tidak dapat dinafikan dalam satu satu organisasi ada orang yg memang hebat menjalankan tugas, tetapi ketua dia yg mendapat nama. Tengok saja dalam kerajaan Daud, para pahlawan tidak mendapat kedudukan tertinggi tetapi Yoab pula menjadi ketua, sebab dia licik. Mari kita belajar menghargai rakan rakan seperjuangan kita yg setia bersama kita, sebab tanpa mereka kita tidak akan ke mana. Tuhan Yesus dalam pelayananNya pun masih memerlukan 12 pengikut dan 72 pengikut yg lain. Dari 12 orang pengikut inilah Injil sampai kepada kita. Tuhan Yesus sangat mengasihi dan menghargai para pengikutNya, ketika mereka sedang lemah Tuhan Yesus menguatkan mereka semula, Tuhan Yesus bersama mereka selama 40 hari selepas kebangkitanNya. Untuk mengajar dan menguatkan mereka semula. Mari kita bertaubat kalau selama ini kita kurang memerhatikan dan menghargai individu yg memberi kita sokongan siang dan malam, isteri atau suami, anak anak,kawan atau orang bawahan kita atau orang atasan kita para pensyarah kita dan sebagainya. Perlu diingat kejayaan kita hari ini adalah hasil sokongan individu tertentu kepada kita. Salam merdeka. Salam damai untuk kita semua.

✝ emanuelministry.blogspot.com, 1.9.19 Kudat.
Comments
Post a Comment