1 Samuel 30:3-5 (TB) Ketika Daud dan orang-orangnya sampai ke kota itu, tampaklah kota itu terbakar habis, dan isteri mereka serta anak mereka yang laki-laki dan perempuan telah ditawan.
Lalu menangislah Daud dan rakyat yang bersama-sama dengan dia itu dengan nyaring, sampai mereka tidak kuat lagi menangis.
Juga kedua isteri Daud ditawan, yakni Ahinoam, perempuan Yizreel, dan Abigail, bekas isteri Nabal, orang Karmel itu.
https://alkitab.app/v/2d6b7ab294d1
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang kota tempat tinggal Daud iaitu Ziklag telah dijarah oleh orang Amalek dan telah menawan semua penduduk kota termasuk kedua dua isteri Daud. Daud dan para pengikutnya tidak ada pada masa itu sebab bersama sama dengan raja Akhis. Dikatakan Daud serta para pengikutnya menangis sehingga mereka tidak berdaya lagi untuk menangis. Pernah anda menangis sehingga tidak berdaya lagi menangis, bohonglah kalau lelaki tidak pernah menangis. Tuhan Yesus pun pernah menangis, ketika dia melihat kota Yerusalem, sebab penduduk kotanya tidak mengenal Mesias yg sudah datang. Daud yg gagah perkasa itu pun menangis. Apa lagi kita yg tidak segagah Daud, sembelih ayam pun takut. 😂. Setelah puas menangis Daud mencari Tuhan dan menguatkan keyakinnya kepada Tuhan, Daud bertanya Tuhan. Itulah hebatnya Daud, dalam kesedihan dan terjepit dalam masalah besar sebab rakyat yg bersama dia pun mahu membunuhnya. Tetapi dikuatkan keyakinanya kepada Tuhan. Pernah anda terjepit dalam masalah besar?. Jangan cari siapa siapa, jangan cari along, atau cari isteri atau suami orang, tetapi carilah Tuhan berdoalah dan baca Alkitab, pasti Tuhan menjawab kita. Happy ending cerita Daud dalam fasal ini, sebab dia berjaya mengambil semua rakyat yg ditawan termasuk kedua orang isterinya. Siapa tidak sayang isterikan? Bersama Tuhan pasti ada kemenangan, puji Tuhan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 8.8.19 KK.

Comments
Post a Comment