2 Samuel 1:14-16 (TB) Kemudian berkatalah Daud kepadanya: "Bagaimana? Tidakkah engkau segan mengangkat tanganmu memusnahkan orang yang diurapi TUHAN?"
Lalu Daud memanggil salah seorang dari anak buahnya dan berkata: "Ke mari, paranglah dia." Orang itu memarangnya, sehingga mati.
Dan Daud berkata kepadanya: "Kautanggung sendiri darahmu, sebab mulutmulah yang menjadi saksi menentang engkau, karena berkata: Aku telah membunuh orang yang diurapi TUHAN."
https://alkitab.app/v/d3fa84293584
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah seorang Amalek yg menjadi askar orang Israel yg berperang bersama raja Saul yang telah menyampaikan khabar tentang kematian raja Saul dan Yonatan kepada Daud. Dikatakan bahawa orang Amalek Itu mengaku dia telah menghabiskan nyawa raja Saul atas permintaan raja Saul sendiri ketika nyawa raja Saul nyawa nyawa ikan . Daud pula membunuh orang Amalek Itu sebab dia telah membunuh raja Saul. Kejam dan berani juga manusia zaman itu. Nyawa manusia dengan mudah diambil begitu saja dengan apa saja alasan. Mana sudah hukum Taurat mereka " Jangan membunuh" Itulah gambaran rohani manusia pada zaman sangat teruk. Syukur kita di Malaysia nyawa kita tidaklah semudah itu diambil. Tuhan Yesus nyawa manusiaNya telah diambil oleh askar Roma ketika Dia diseksa siang dan malam selama 24 jam. Itulah manusia saling membunuh satu dengan yg lain sampai hari ini. Mari kita bertaubat kalau ada lagi sikap mahu membunuh dalam diri kita, mungkin bukan sacara fizikal tetapi secara mental. Mungkin kita mahu membunuh idea pelayanan seseorang, mungkin mahu membunuh perniagaan seseorang, mungkin mahu membunuh kretiviti seseorang, dengan memberi komen negetif yg berniat menjatuhkan dan mengaibkan seseorang. Cukuplah kita tidak dapat membantu jangan sampai membunuh idea orang lain. Paling tidak sokong dalam doa aktiviti yg sedang dirancang.Sebab kejayaan orang lain secara tidak langsung kita pun mendapat manafaat. Anda setuju dengan saya?.Mari kita Usahakan damai sejahtera supaya kita semua berjaya dalam bidang yg kita usahakan. Puji Tuhan. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 10.8.19 Kudat.

Comments
Post a Comment