2 Samuel 21:9-10 (TB)  kemudian diserahkannyalah mereka ke dalam tangan orang-orang Gibeon itu. Orang-orang ini menggantung mereka di atas bukit, di hadapan TUHAN. Ketujuh orang itu tewas bersama-sama. Mereka telah dihukum mati pada awal musim menuai, pada permulaan musim menuai jelai.
Lalu Rizpa binti Aya mengambil kain karung, dan membentangkannya bagi dirinya di atas gunung batu, dari permulaan musim menuai sampai tercurah air dari langit ke atas mayat mereka; ia tidak membiarkan burung-burung di udara mendatangi mayat mereka pada siang hari, ataupun binatang-binatang di hutan pada malam hari.

https://alkitab.app/v/2604f2cb79a6

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah 7 orang laki laki keturunan raja Saul diminta oleh orang Gibeon untuk mengakhiri kemarau selama 3 tahun berturut turut. Kejam juga fikir orang Gibeon ini. Ingat lagi siapa orang Gibeon?. Pada zaman Yosua, mereka telah memperdaya Yosua sehingga Yosua telah membuat perjanjian agar kota dan orang Gibeon tidak dimusnahkan. Tetapi pada zaman Raja Saul dia melanggar perjanjian itu. Itu sebab keluarga raja Saul berhutang darah dengan orang Gibeon. Kesiankan sampai 7 orang lagi itu. Sedih... Sangat sedih... Dikatakan ibu salah satu kepada anak anak lelaki yg digantung itu meratapi dan menjaga mayat anak anaknya siang dan malam, sehingga hujan turun. Begitulah serius dan beratnya pelangaran perjanjian. Jadi jangan cuba cuba mengikari perjanjian. Tuhan Yesus pun mati di kayu salip sebab menjadi perdamaian hutang dosa yang dilakukan oleh Adam yg telah kita tanggung akibatnya. Sehingga Tuhan sendiri dijadikan korban perdamaian, dahsyatnya dosa.  Anda dan saya masih berani bermain main dengan dosa?.Mari kita bertaubat, lupakan dan tinggalkan dosa, kita sudah ditebus dari hukuman dosa, kenapa masih lagi mahu terjun dalam jerat dosa yg membinasakan itu.  Mari kita taat kepada perintah Tuhan iaitu mengasihi orang lain seperti diri kita sendiri. Hanya orang yang taat adalah orang yg beriman dan hanya yg beriman yang taat kepada perintah Tuhan Yesus. Amin. Anda dan saya beriman kepada Tuhan Yesus? Sudah tentu kita boleh taat kepada perintahNya. Puji Tuhan.
Salam damai kepada kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com, 30.8.19 KK.

Comments

Popular Posts