2 Samuel 15:1-3 (TB) Sesudah itu Absalom menyediakan baginya sebuah kereta serta kuda dan lima puluh orang yang berlari di depannya.
Maka setiap pagi berdirilah Absalom di tepi jalan yang menuju pintu gerbang. Setiap orang yang mempunyai perkara dan yang mau masuk menghadap raja untuk diadili perkaranya, orang itu dipanggil Absalom dan ditanyai: "Dari kota manakah engkau?" Apabila ia menjawab: "Hambamu ini datang dari suku Israel anu,"
maka berkatalah Absalom kepadanya: "Lihat, perkaramu itu baik dan benar, tetapi dari pihak raja tidak ada seorang pun yang mau mendengarkan engkau."
https://alkitab.app/v/ec34d6cfc6ad
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah Absalom memberontak kepada raja Daud ayahnya. Susah juga menjadi raja, anak sendiri pun boleh menjadi musuh sebab merebut takhta. Memang tidak asing dalam tamadun manusia dalam keluarga raja saling membunuh sebab perebutan takhta. Ada yg terfikir mahu membolot harta bapanya? 😃 Bertaubat sebelum terlambat. Dikatakan selama 4 tahun Absalom berada di jalan menuju ke pintu gerbang istana raja untuk menyambut siapa saja yg hendak berjumpa dengan raja, dengan mengatakan sesuatu yg boleh mengambil hati rakyat. Setelah Absalom sudah mempunyai ramai pengikut dia mengisteharkan dirinya raja dan akan merebut istana raja. Raja Daud terpaksa melarikan diri bersama para pegawainya. Kesiankan. Hebatnya Absalom sebab boleh merebut takhta
Raja Daud yg sedang dalam kegemilangan. Agaknya apa yg terjadi kalau Tuhan Yesus gagal dalam misinya, sebab Dia tidak mahu meminum cawan penderitaan. Ingat lagi doa Tuhan Yesus di taman Getsemani, diulang doa itu sampai 3 kali, kalau Yudas lambat sampai datang, sempat mangkali Tuhan Yesus berubah fikiran. Sebenarnya Dia ada pilihan minum atau tidak cawan penderitaan itu, tidak minum bererti gagal dan sekaligus memberontak seperti Absalom dan seperti Lusifer. Jadi mari kita bertaubat kalau ada hati mahu memberontak terhadap Tuhan Yesus, kalau fokus kita bukan lagi damai sejahtera dan memuliakan Tuhan Yesus, tetapi untuk kekuasaan diri sendiri, pengagugan diri, kepentingan diri, kepuasan hawa nafsu, pengumpulan harta dunia dan sebagainya. Mari kita bertaubat sebelum terlambat. Sebab kesudahan pemberontakan adalah kehancuran diri sendiri dan orang lain.
Salam damai untuk kita semua.

✝ emanuelministry.blogspot.com 24.8.19 Kudat.
Comments
Post a Comment