2 Samuel 6:10-12 (TB) Sebab itu Daud tidak mau memindahkan tabut TUHAN itu ke tempatnya, ke kota Daud, tetapi Daud menyimpang dan membawanya ke rumah Obed-Edom, orang Gat itu.
Tiga bulan lamanya tabut Tuhan itu tinggal di rumah Obed-Edom, orang Gat itu, dan TUHAN memberkati Obed-Edom dan seisi rumahnya.
Diberitahukanlah kepada raja Daud, demikian: "TUHAN memberkati seisi rumah Obed-Edom dan segala yang ada padanya oleh karena tabut Allah itu." Lalu Daud pergi mengangkut tabut Allah itu dari rumah Obed-Edom ke kota Daud dengan sukacita.
https://alkitab.app/v/f9c8ce52273b
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang kisah raja Daud memindahkan tabut Tuhan yang berisi dua keping batu bertulis Sepuluh Hukum. Dari rumah Abinadab ke Yerusalem. Dikatakan dalam teks ini raja Daud gagal memindahkan Tabut Perjanjian sebab Tuhan Bapa kita di Surga telah membunuh salah satu pengawai raja yg bernama Uza, sebab cuba menyentuh tabut itu, untuk mengelakkan jatuh dari pedati lembuh. Sebenarnya raja Daud tidak mengikut ketetapan hukum Taurat dalam hal mengangkat dan memindahkan tabut tersebut. Itulah sebab dia gagal dalam cubaan pertama. Pernah anda gagal dalam cubaan pertama?. Saya selalu gagal, kadang kadang 2, 3 kali malahan lebih daripada itu, barulah berjaya. Tuhan Yesus bukan lagi sekali dua, tetapi setiap waktu mengingatkan dan membimbing kita kepada jalan benar. Kita pula masih tidak mahu berubah, dari muda sampai ketua, masih juga mengulangi perbuatan yg sama. Betulkan?.. Akhirnya tabut Perjanjian terpaksa disimpan di rumah Obed-Edom orang Gat. Hairankan Tuhan Bapa kita di Surga tidak membunuh orang asing yg mungkin menyentuh atau terpandang tabut itu, selama tabut itu berada di rumah bukan orang Israel selama 3 bulan. Malahan memberkati keluarga itu. Itulah kasih karunia Tuhan, kita tidak dapat persoalkan. Kita pun sama juga, penerima kasih karunia melalui Tuhan Yesus. Seperti keluarga Obed-Edom. Kita diberkati siang dan malam, kita sudah menjadi kayaraya dan berpendidikan tinggi, ingat jangan sombong takut nanti berkat itu berlalu pergi pula. Siapa tahu ia hanyalah sesingkat 3 bulan seperti yg berlaku di rumah Obed-Edom orang Gat itu. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 15.8.19 KK.

Comments
Post a Comment