1 Samuel 29:6-7 (TB)  Lalu Akhis memanggil Daud, dan berkata kepadanya: "Demi TUHAN yang hidup, engkau ini orang jujur dan aku memandang baik, jika engkau keluar masuk bersama-sama dengan aku dalam tentara, sebab aku tidak mendapati sesuatu kejahatan padamu, sejak saat engkau datang kepadaku sampai hari ini; tetapi engkau ini tidak disukai oleh raja-raja kota.
Sebab itu, pulanglah, pergilah dengan selamat dan jangan lakukan apa yang jahat di mata raja-raja kota orang Filistin itu."

https://alkitab.app/v/fbec6e7dd986

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah Daud dan raja Akhis raja orang Filistin bagi kota Gat. Dikatakan raja Akhis memberi kesaksian bahawa Daud seorang yang jujur, tidak ada kejahatan dan seolah olah dia adalah utusan Tuhan Bapa kita di Surga. Wow! hebatnya Daud pada pandang raja Akhis. Kita macam mana pula pada pandangan majikan kita, gembala kita, anggota jemaat kita. Satu ungkapan cukup mengambarkan diri kita. Jujurkah, setiakah, pemarahkah, pendiamkah, pengumpatkah, pemalaskah, rajinkah dan sebagainya. Cuba kita ungkapkan diri kita sendiri dengan satu perkataan. Puji Tuhan. Hanya satu tahun saja Daud bersama raja Akhis dia sudah memberi kesan positif. Tuhan Yesus hanya 3 tahun melayani secara penuh masa, sudah memberi impak kepada dunia sampai hari ini. Jadi bukan panjangnya masa kita melayani yg boleh memberi impak tetapi sikap kita yg menentukan kesanya. Kalau satu tugasan saja pun kita sudah tidak mampu lakukan, macam mana kita dipercayai oleh anggota jemaat, atau gembala kita, atau majikan kita. Kalau datang kerja malar lambat, hantar laporan selalu lambat. Memang susah membawa kesan positif dalam organisasi, jemaat dan masyrakat kita.  Raja Akhis sangat keberatan melepaskan Daud daripada barisan askarnya, sebab dia sudah mula mempercayai Daud. Ada tidak seseorang yg kita percayai atau bolehkah kita dipercayai?. Mari kita bertaubat kalau kita masih sukar dipercayai.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 7.8.19 KK.

Comments

Popular Posts