2 Samuel 4:1 (TB)  Ketika didengar anak Saul, bahwa Abner sudah mati di Hebron, maka hilanglah keberaniannya, dan terkejutlah seluruh orang Israel.

https://alkitab.app/v/e6e517f4c3c8

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang  reaksi anak raja Saul Isyboset mendengar khabar tentang Abner pegawai tertingginya terbunuh. Dia sangat terkejut termasuk seluruh rakyat jelata terkejut. Mereka tidak menyangka Abner yg gagah perkasa dan bijak itu dengan mudah dibunuh. Ketika kelahiran Tuhan Yesus disampaikan kepada Herodis (raja orang Yahudi) dia pun terkejut. Banyak peristewa yg berlaku mengejutkan, sebab kita tidak menjangkakan akan berlaku, sama ada khabar baik atau khabar tidak baik. Siapa tahu anda mendapat khabar baik yg mengejutkan anda hari ini. Puji Tuhan. Murid murid Tuhan Yesus pun terkejut apabila mereka diberi kuasa menyembuhkan orang sakit dan mengusir roh roh jahat. Mengikut Tuhan Yesus penuh dengan kejutan, paling mengejutkan kita ialah nama kita sudah tercatat di Surga, terkejut?.Sebab kita orang berdosa boleh masuk Surga sebab darah Tuhan Yesus. Puji Tuhan.  Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 13.8.19 KK.

Comments

Popular Posts