2 Samuel 5:3-5 (TB) Maka datanglah semua tua-tua Israel menghadap raja di Hebron, lalu raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka di Hebron di hadapan TUHAN; kemudian mereka mengurapi Daud menjadi raja atas Israel.
Daud berumur tiga puluh tahun, pada waktu ia menjadi raja; empat puluh tahun lamanya ia memerintah.
Di Hebron ia memerintah atas Yehuda tujuh tahun enam bulan, dan di Yerusalem ia memerintah tiga puluh tiga tahun atas seluruh Israel dan Yehuda.
https://alkitab.app/v/3228ac98c1fe
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya mahu berkongsi tentang kisah Daud yang telah diangkat oleh para pemimpin suku Israel menjadi raja mereka. Akhirnya budak gembala domba telah menjadi raja, hebat memang hebat. Bukan hebatnya Daud tetapi hebatnya anugerah Tuhan Bapa kita di Surga yang telah mengangkat Daud menjadi raja setelah bertahun tahun hidup tidak menentu sebab dikejar oleh raja Saul untuk dibunuh. Kalau menoleh kisah silam kita 30 tahun yang lepas mungkin kita tersenyum sendiri, mengenang siapa kita pada masa itu. Ingat baik baik hanya anugerah Tuhan Bapa kita di Surga saja kita sampai pada titik hidup kita sekarang. Hidup kita sebenarnya adalah kesaksian pekerjaan Tuhan. Amin.Tuhan Yesus sama sekali ditolak oleh para pemimpin agama di Yerusalem salah satu sebabnya latarbelakangNya dari Galilea, sebab bagi mereka mesias mesti berasal dari Yerusalem atau sekitarnya. Itulah pekerjaan Tuhan yg sukar difahami oleh mereka dan kita pada hari ini. Mari kita jaga baik baik anugerah yg Tuhan telah diberikan kepada kita, untuk memuliakan Tuhan. Sebab siapa tahu esok lusa Mungkin akan diambil daripada kita dan diberikan kepada siapa saja yg Tuhan mahu beri. Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 14.8.19 KK.

Comments
Post a Comment