2 Samuel 16:22-23 (TB)  Maka dibentangkanlah kemah bagi Absalom di atas sotoh, lalu Absalom menghampiri gundik-gundik ayahnya di depan mata seluruh Israel.
Pada waktu itu nasihat yang diberikan Ahitofel adalah sama dengan petunjuk yang dimintakan dari pada Allah; demikianlah dinilai setiap nasihat Ahitofel, baik oleh Daud maupun oleh Absalom.

https://alkitab.app/v/9c6104b08168

Shallom bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua, kiranya nama Tuhan Yesus satu satunya yang diagungkan dalam ibadah kita. Amin. Hari ini saya berkongsi tentang cerita perjalan Daud ketika melarikan diri dari anaknya Absalom. Ada yg datang memberi sokongan, dengan memberi makan dan keldai keldai untuk ditungangi oleh raja dan kelaurganya. Ada juga yg mengutuk raja. Begitulah renca kehidupan kita dalam perjalan hidup. Ada yg menyukai kita dan ada juga yg tidak, ada yg setia bersama kita dalam susah dan senang, seperti para pegawai raja Daud yg setia bersamanya. Begitu juga Tuhan Yesus ada juga pengikut yang setia, iaitu tiga orang perempuan yg bernama Maria. Mereka yg bernama Maria mesti orang yg setia Itukan? 😁 Puji Tuhan. Apa yg berlaku di istana raja Daud, ketika Absalom tiba? Atas nasihat Ahitofel Absalom menghampiri para gundik ayahnya di atas bumbung istana, punyalah gila perbuatan itu, dikatakan semua orang dpt melihat perbuatan itu. Ada pernah minta nasihat orang lain? Walaupun orang itu paling berpengaruh dan berkelayakan, ingat bukan semua nasihat itu perlu kita turut, seperti nasihat Ahitofel kepada Absalom. Sangat jijik dan memalukan. Anda sanggup lakukan apa yg Absalom lakukan. Orang tidak waras pun tidak buat begitu. Jadi mari kita minta nasihat, Penasihat Ajaib. Iaitu Tuhan Yesus sendiri. Mintalah nasihat daripadaNya, berdoa, merenungan Firman Tuhan dan mentaati Firman Tuhan. Pasti kita dpt nasihat yg betul dan bijaksana.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 25.8.19 Kudat.

Comments

Popular Posts