2 Samuel 19:18-19 (TB)  lalu menyeberang dari tempat penyeberangan untuk menyeberangkan keluarga raja dan untuk melakukan apa yang dipandangnya baik. Maka Simei bin Gera sujud di depan raja, ketika raja hendak menyeberangi sungai Yordan,
dan berkata kepada raja: "Janganlah kiranya tuanku tetap memandang aku bersalah, dan janganlah kiranya tuanku mengingat kesalahan yang dilakukan hambamu ini pada hari tuanku raja keluar dari Yerusalem; janganlah kiranya raja memperhatikannya lagi.

https://alkitab.app/v/10d6a9e09f34

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang kisah raja Daud yang kembali ke Yerusalem, selepas tumpasnya pemberontak anaknya Absalom. Banyak drama berlaku sepanjang perjalanan pulang raja, antaranya individu yg pernah mengutuk raja Daud ketika dia melarikan diri dari Absalom datang menyonsong, dengan memohon pengampunan keatas keceluparannya pada masa itu. Mefiboset anak Yonatan juga ada dramanya sendiri, dikatakan dia ditinggalkan oleh hambanya di Yerusalem itu sebab dia tidak dpt pergi bersama raja dan ada banyak lagi drama rakyat jelata ketika itu. Itulah lumrah manusia, ketika kita tidak mempunyai apa apa, ketika kita sedang berusaha siang dan malam memperbaiki status ekonomo dan rohani kita, tiada yg memandang.  Malahan kalau boleh mereka mahu menelan kita hidup hidup. Tetapi setelah usaha kita mula diberkati oleh Tuhan, drama seperti kepulagan raja Daud ke Yerusalem mula kelihatan. Ada kawan kawan baru kita muncul, saudara baru kita muncul, mungkin juga kekasih lama kita muncul 😃. Wow... Isteri atau suami kita baru perasan rupanya kita cantik dan kacak, dulu kita hodoh dan bodoh. Itulah kemunafikan manusia yg tidak dpt disangkal. Ketika Tuhan Yesus datang ke planet bumi sebagai anak manusia, Dia dihina, diseksa dan disalipkan dan mati. Tetapi kelak Dia kembali sebagai Raja dan Hakim apakah drama manusia pada masa itu. Mari kita bertaubat kalau masih ada kepura puraan dalam mengikut Tuhan Yesus. Tuhan Yesus bukan objek atau benda tetapi individu yg mempunyai perasaan seperti kita. Kita tidak boleh memperlakukan Dia seperti barang yg mati, sesuka hati  memperlakuNya dalam hidup kita. Mari kita bersama dengan Tuhan Yesus dalam kehidupan kita  dengan menghormati, menghargai, memuliakan, mentaatNya selagi kita ada kesempatan, sebelum Tuhan Yesus datang sebagai Raja dan Hakim keatas manusia. Jangan tunggu sampai petang ini tapi sekarang juga tanggalkan kepura pura dalam diri kita. Amin.  Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 28.8.19 KK.

Comments