2 Samuel 13:28-29 (TB) Lalu Absalom memerintahkan orang-orangnya, demikian: "Perhatikan! Apabila hati Amnon menjadi gembira karena anggur, dan aku berkata kepadamu: Paranglah Amnon, maka haruslah kamu membunuh dia. Jangan takut. Bukankah aku yang memerintahkannya kepadamu? Kuatkanlah hatimu dan tunjukkanlah dirimu sebagai orang yang gagah perkasa!"
Orang-orang Absalom memperlakukan Amnon seperti yang diperintahkan Absalom. Lalu bangunlah semua anak raja itu, mereka menaiki bagalnya masing-masing dan melarikan diri.
https://alkitab.app/v/016a74c7fd3a
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang kisah Absalom membunuh Amnon sebab Amnon memperkosa Tambar. Mereka bertiga adalah anak anak raja Daud cuma berlainan ibu. Sebab raja Daud mempunyai ramai orang isteri tidak kurang dari 10 orang. Nubuatan nabi Natan tentang keluarga raja Daud mula digenapi, iaitu akan ada kekacauan dan terbunuh oleh pedang dalam keluarga raja Daud. Siapa tidak sedih kalau anak anaknya saling membunuh, sedang saling bertengkar pun ibu bapa sudah merana. Jadi mari kita bertaubat kalau kita adik beradik masih tidak harmoni, tidak sepakat, tidak saling membantu, masih pentingkan diri sendiri, saling mencurigai, saling mengambil kesempatan dan sebagainya. Sebab perbuatan seperti itu menbuatkan ibu bapa kita merana, mereka mudah jatuh sakit, cepat tua, cepat nyanyuk dan banyak lagi kesan buruknya. Nanti perilaku buruk itu pula akan diwarisi oleh anak anak kita. Sebab mereka belajar dari ibu bapa mereka. Betulkan?. Mulanya raja Daud yg memulakan dosa membunuh dan berzina, anak anaknya pula melakukan perkara yg sama malahan lebih teruk lagi. Tetapi khabar baiknya, Tuhan Yesus boleh memulihkan keluarga kita, Amin, asalkan kita izinkan Dia memulihkan. Anda mahu keluarga kita dipulihkan? Mudah dan sangat mudah, akui saja keluarga kita bermasalah dan kita tidak mampu mengubahnya. Mudah sajakan? Mulalah berdoa secara tetap setiap hari, pasti pemulihan akan terjadi bermula dari diri kita terlebih dahulu, kemudian anggota keluarga kita ikut dipulihkan. Puji Tuhan. Kita belum terlambat untuk dipulihkan, jangan tunggu sampai petang, sekarang juga kita mula mengaku dan berdoa. Amin..Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com 22.8.19

Comments
Post a Comment