2 Samuel 11:27 (TB)  Setelah lewat waktu berkabung, maka Daud menyuruh membawa perempuan itu ke rumahnya. Perempuan itu menjadi isterinya dan melahirkan seorang anak laki-laki baginya. Tetapi hal yang telah dilakukan Daud itu adalah jahat di mata TUHAN.

https://alkitab.app/v/384a6e9ea3e8

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang kisah raja Daud jatuh dalam dosa perzinaan dan menganiaya tenteranya sendiri. Sehingga perempuan itu mengandung, tetapi Tuhan Bapa kita di Surga memandang perbuatan itu jahat. Kalau boleh saya ingin menafikan apa yg tertulis dalam fasal ini. Tetapi tidak boleh sebab sudah tertulis dalam Alkitab. Pernah tidak kalau boleh anda tidak mahu mengenang apa lagi memperkatakan kisah silam kita. Sebab sangat menyakitkan dan memalukan. Dikatakan raja Daud telah dengan sengaja meniduri Batsyeba isteri Uria salah seorang askarnya. Bukan itu saja raja Daud membuat rancangan yg sangat licik untuk membiarkan Uria terbunuh dalam pertempuran. Silapnya Uria lagi  ketika raja Daud memberi dia peluang bersama isterinya, Uria tidak mahu pula balik rumah. Bukan sekali peluang diberi tetapi dua kali. Uria tidak juga balik ke rumahnya. Jadi ingat baik baik baliklah rumah kita bersamalah dengan anak anak dan isteri atau suami. Kesibukan bukan alasan. Supaya keharmonian rumah tangga terpelihara. Sebab dosa sedang mengintai dan mencari peluang menghancurkan rumah tangga kita. Kita pun perlu berhati hati, tidak elok selalu sangat berkunjung di rumah jiran ketika isteri atau suami orang bersendirian. Ingat raja Daud yg bergitu beriman saja jatuh dalam jirat iblis, kita apa lagi, tidak terkecuali. Kalau tidak berhati hati. Tuhan Yesus ketika masuk dalam bilik seseorang untuk mendoakan pun membawa paling tidak dua orang muridNya, berserta  ahli keluarga orang yg sakit. Supaya tidak akan timbul fitnah. Kita perlu berhati hati dalam pelayanan. Sebab Iblis ada di mana mana untuk mencari ruang untuk menjerat anak anak Tuhan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ emanuelministry.blogspot.com. 20.8.19 KK.

Comments

Popular Posts