Mazmur 57:8-10 (AVB) Bangunlah, jiwaku! Bangunlah, gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan fajar. Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, dalam kalangan bangsa-bangsa; aku akan menyanyi untuk-Mu dalam kalangan umat manusia. Kerana kasih-Mu menjangkau langit; dan kesetiaan-Mu mencapai awan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membangunkan fajar" Pemazmur ketika sedang lari daripada buruan raja Saul berharap fajar segera muncul, mungkin lebih senang baginya dan pengikut melarikan diri. Tuhan Yesus tempat kita berharap menerangi hidup ibarat fajar. Mari kita belajar membangunkan fajar iaitu Tuhan Yesus dalam diri kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.8.2023.

Comments

Popular Posts