Mazmur 46:9-10 (AVB) Dia menghentikan perang di serata bumi; Dia mematahkan busur dan lembing, Dia membakar pedati dalam api menyala. “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN menghentikan perang" Pemazmur mungkin sudah melihat siri peperangan berlaku, kemusnahan dan pembunuhan yang sangat merugikan, mujur TUHAN menghentikan perang itu. Tuhan Yesus mengajar supaya kita hidup damai sejahtera jauh sekali mahu berperang. Mari kita berlajar elakan berlaku peperangan dan bahawa TUHAN menghentikan perang tidak merestuinya. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.7.2023.

Comments

Popular Posts