Mazmur 47:1-3 (AVB) Bertepuklah wahai seluruh bangsa-bangsa; bersoraklah kepada Allah dengan suara kemenangan. Kerana TUHAN Yang Maha Tinggi amat menakjubkan, Dia Raja besar memerintah seluruh bumi! Dia akan menundukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasa kita, dan kaum-kaum ke bawah kaki kita. Kopovosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN yang Maha Tinggi menakjubkan" Pemazmur sangat takjub dengan kuasa TUHAN yang memberi mereka kemenangan ke atas bangsa sekeliling mereka. Mungkin selepas satu peperangan dahsyat berlaku. Tuhan Yesus sangat menakjubkan sebab memberi kita kemenangan ke atas dosa. Mari kita belajar bahawa TUHAN yang Maha Tinggi menakjubkan memberi kita kemenangan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.7.2023.

Comments

Popular Posts